Sesi Pelaporan Pertandingan Mengarang Integriti 2019
- Persatuan Penulis Sarawak PENULIS

- Jan 30, 2020
- 1 min read
Usai solat Jumaat pada 24 Januari 2020, rombongan Persatuan Penulis Sarawak menghadap YB Datuk Haji Talib Zulpilip atas kapasiti Kunjungan Hormat, sekaligus bagi melaporkan perkembangan dan penyerahan keputusan rasmi Pertandingan Mengarang Integriti 2019. Beliau amat berpuas hati dengan bilangan penyertaan yang banyak (1,041 penyertaan), walaupun pertandingan hanya diadakan pada 1 Julai hingga 30 November 2020.
Beliau juga melahirkan rasa gembira beliau bahawa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama Pertandingan Mengarang Integriti 2019, akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri, pada bulan Februari 2020.




Comments