Kami...
PENGENALAN PENUBUHAN PERSATUAN PENULIS SARAWAK (PERPES)
​
PERsatuan PEnulis Sarawak (PERPES), ditubuhkan di atas kesedaran dan tanggungjawab untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak Bumi Kenyalang menulis, serta mendokumentasi apa-apa jua yang berlaku di Bumi Kenyalang, sama ada dari sudut sejarah, pembangunan, sosial dan kemasyarakatan dan budaya.
​
Kewujudan PERPES diharap dapat mengumpulkan sebanyak mungkin dana bagi tujuan penerbitan. Dengan memandangkan persatuan yang sedia ada yang terdapat di Sarawak banyak yang lebih tertumpu kepada aspek kebajikan, sosial, bahasa dan kesusasteraan, maka PERPES ingin menjadi lebih “terbuka” dengan membuka keahlian kepada sesiapa jua yang berkebolehan menulis.
​
Maka, pada tanggal 15 Februari 2012, pada saat Hari Pejuang Bahasa diadakan, maka sekumpulan individu telah bersetuju, dan mengambil ketetapan agar untuk menubuhkan persatuan yang baharu, yang akan dinamakan Persatuan Penulis Sarawak (PERPES).
​
Penubuhan PERPES adalah cetusan idea bagi menyediakan wadah untuk setiap individu yang menulis untuk bertemu dan berkumpul. Sesuai dengan peredaran masa, peranan PENULIS dibuka dengan lebih menyeluruh dengan menyertai pelbagai program yang bersifat umum, dan tidak khusus kepada aktiviti penulisan semata-mata.
​
Mulai Januari tahun 2020, sesuai dengan penjenamaan semula Persatuan Penulis Sarawak, maka ahli jawatankuasa telah sepakat akan menggunakan ekronim PERPES bagi mengantikan PENULIS. Keputusan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima sebelum ini, dan untuk memberikan imej yang kendiri Persatuan Penulis Sarawak kepada masyarakat, khususnya di Sarawak dan Malaysia amnya.
​
Penukaran itu juga dibuat setelah mendapatkan pandangan beberapa pihak termasuk kepimpinan negeri, agar Persatuan Penulis Sarawak ada imej yang tersendiri. Hal ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Agong akan datang, dan setelah diluluskan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), maka rasmilah pengunaannya dalam semua berkaitan Persatuan Penulis Sarawak.
Tarikh mesyuarat protem pertama penubuhan penulis
: 15 Februari 2012
Tarikh kelulusan Pendaftaran Jabatan Pertubuhan
: 21 April 2012
Nombor Pendaftaran PENULIS
: 0833-12-SWK
Nombor Pertubuhan
: PPM-001-13-21042012
Kategori Pertubuhan
: Sosial

“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian.” - Pramoedya Ananta Toer.

Our Mission
Berkongsi ilmu dan pengalaman, dan memberi kesedaran kepada anak-anak bangsa di Bumi Kenyalang.




Our Vision
Melahirkan ahli-ahli yang komited untuk menghasilkan satu buku untuk setiap ahli sepanjang tahun.



